Kesihatan mental remaja perempuan lebih rendah berbanding lelaki

Kesihatan mental remaja perempuan lebih rendah berbanding lelaki

REMAJA perempuan memperuntukkan masa lebih lama dengan media sosial berbanding lelaki.-PEXELS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendapati remaja perempuan mempunyai tahap kesihatan mental yang rendah disebabkan kurang tidur dan bersenam berbanding lelaki sebanyak tiga kali ganda. 

Lapor Daily Mail, golongan itu juga mengamalkan gaya hidup tidak sihat apabila memperuntukkan masa dengan media sosial lebih lama setiap hari. 

Laporan Beewell melakukan kajian terhadap 40,000 kanak-kanak berusia 12 hingga 13 tahun serta 14 hingga 15 tahun di seluruh sekolah di Manchester.  

Sebanyak 45 peratus remaja perempuan didapati kurang tidur kerana sering terjaga pada tengah malam dan memberikan tumpuan mengulangkaji pelajaran dalam hari tertentu, berbanding 33 peratus remaja lelaki. 

Secara keseluruhannya, 34 peratus golongan remaja dilaporkan aktif sekurang-kurangnya satu jam setiap hari, dengan wanita hanya 27 peratus. 

Ini kerana golongan itu menggunakan media sosial sebanyak 4.8 jam secara purata setiap hari, berbanding empat jam bagi lelaki. 

Dalam masa sama, 22 peratus remaja perempuan dilaporkan mempunyai emosi negatif seperti kesedihan dan kebimbangan berbanding hanya tujuh peratus bagi lelaki. 

Secara keseluruhan, remaja perempuan mendapat markah ‘jauh lebih rendah’ dalam empat aspek kesejahteraan iaitu kesan negatif, kesejahteraan psikologi, kepuasan hidup dan tekanan. 

Laporan itu merumuskan ‘ketidakseimbangan’ ini sepatutnya menimbulkan kebimbangan yang ketara. 

Kesihatan mental boleh mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang. 

Masalah kesihatan mental terdiri daripada kemurungan, kecelaruan kebimbangan umum, panik dan gangguan tidur. 

Kemurungan boleh memburukkan lagi keadaan penyakit jantung seperti menyebabkan jantung berdegup laju, tekanan darah tinggi serta tahap hormon tekanan meningkat. 

Di seluruh dunia, dianggarkan 17 juta kematian direkodkan setiap tahun akibat penyakit jantung. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.