Remaja perempuan berkepala teleng 90 darjah

Kepala remaja Pakistan teleng 90 darjah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Seorang remaja perempuan dari Pakistan yang sebelum ini mengalami masalah kepala teleng 90 darjah sejak kecil, akhirnya dapat menjalani kehidupan normal apabila dia berjaya dipulihkan menerusi pembedahan.

Afsheen Gul terjatuh ketika bermain di luar rumah hampir 13 tahun lalu dan sejak itu dia sentiasa mengalami kesakitan malah kepalanya semakin teleng dari semasa ke semasa.

Menerusi kempen mengumpul dana GoFundMe, ibu bapa Afsheen mampu membayar kos pembedahan berjumlah 26,000 pound (RM142,574) di Hospital Apollo di New Delhi.

Afsheen yang turut menghidap cerebral palsy, dilahirkan dalam keadaan sihat namun kejadian yang menimpanya ketika kecil menyebabkan kecederaan pelik itu.

Ibu bapa remaja itu menyangka keadaan Afsheen akan sembuh dengan sendiri namun ia berterusan sehingga gadis itu berusia 13 tahun.

Berita mengenai Afsheen mendapat perhatian luas sehingga GoFundMe melancarkan kempen mengumpul dana untuk pembedahannya.

Afsheen menjalani pembedahan pada minggu lalu selepas ditangguhkan sebelum ini susulan pandemik Covid-19.

Dilaporkan, kepala Afsheen masih memerlukan sokongan alat khas, namun buat pertama kali remaja itu mampu menegakkan kepalanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.