Kenapa konvoi tentera Rusia bergerak perlahan?

Kenapa konvoi tentera Rusia bergerak perlahan?

RAKAMAN imej satelit Maxar menunjukkan konvoi ketenteran Rusia di utara Ivankiv, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kementerian Pertahanan United Kingdom (UK) memaklumkan konvoi ketenteraan terbesar Rusia yang berbaki jarak dalam 64 kilometer sebelum menghampiri ibu negara Kyiv, berkemungkinan berdepan masalah selepas terkandas selama tiga hari.

Lapor BBC, rakaman imej satelit menunjukkan saiz konvoi berkenaan yang besar dan secara tidak langsung menimbulkan ketakutan serangan ‘habis-habisan’ boleh berlaku pada bila-bila masa. 

Pihak berkuasa UK dan Amerika Syarikat (AS) menjangkakan tentera Rusia ketika ini berdepan masalah logistik menyebabkan pergerakan konvoi itu menjadi perlahan. 

Namun, AS tetap yakin Rusia akan dapat menawan Kyiv dalam tempoh terdekat. 

 

DAKWA ISU LOGISITK

Terdapat beberapa spekulasi kenapa konvoi terbesar yang membawa kenderaan berperisai, tangki dan meriam itu menghentikan pergerakan ke Kyiv. 

Ada spekulasi mengatakan ia akibat masalah logistik, serangan balas Ukraine yang tidak dijangka dan sokongan moral yang semakin merosot dalam kalangan tentera Rusia. 

Kerajaan UK tetap bertegas masalah mekanikal dan kesesakan yang mengakibatkan masalah itu. 

Jelasnya, isu bekalan makanan dan minyak, selain tayar jentera yang tidak berkualiti dan tidak dijaga baik turut dikatakan menyumbang kepada masalah tersebut. 

Bekas Komander Komando Angkatan Bersama UK, Jeneral Richard Barrons semasa ditemubual BBC Radio berkata, tentera Rusia berdepan masalah logistik seperti bekalan minyak, makanan, barang ganti dan tayar. 

Keadaan itu menyebabkan mereka tersangkut dalam lumpur, sekali gus menyukarkan pergerakan jentera tentera.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu arahan dan kawalan seperti rangkain radio yang rosak dan komunikasi di rangkaian terbuka juga boleh menjadi masalah lebih besar. 

Pentagon turut senada dengan UK dan menjelaskan Rusia menghadapi masalah logistik dan mengambil keputusan dengan sengaja mengumpulkan semula ‘kemajuan yang belum dicapai dan bagaimana menggantikan masa yang hilang’. 

 

MAMPUKAH KONVOI RUSIA DIMUSNAHKAN?

Ukraine mempunyai beberapa kemahiran di udara menggunakan dron buatan Turki untuk memusnahkan konvoi Rusia. 

Namun, Barrons berkata, Kyiv tidak mempunyai bilangan angkatan tentera mencukupi untuk memusnahkan konvoi besar tentera Rusia.

“Mereka boleh menyerang konvoi dari bahagian hadapan dan sisi. Tetapi sebarang kerosakan yang timbul dari udara akan menyebabkan masalah setempat. 

“Rusia juga mempunyai pertahanan udara di sekeliling konvoi yang boleh menjatuhkan sasaran Ukraine. Jadi, serangan udara ke atas konvoi akan berisiko kehilangan lebih banyak tentera udara Ukraine yang sangat terhad,” katanya. 

Beberapa pakar juga mencadangkan supaya Petubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mempertimbangkan untuk memusnahkan konvoi itu. 

Namun, langkah itu hanya menyebabkan peningkatan besar yang berisiko mencetuskan peperangan antara dua kuasa nuklear. 

 

TUNGGU DAN LIHAT 

Di sebalik semua masalah yang dilaporkan, hakikatnya tentera Rusia mempunyai peralatan ketenteraan terbesar di utara Kyiv yang boleh mara ke hadapan pada bila-bila masa. 

Bekas Ketua Tentera Britain, Jeneral Dannatt berkata, gerombolan itu akan mengepung kawasan ibu negara dan menyebabkan kerosakan besar apabila memilih jalan darat menuju ke Kyiv. 

Ketika itu, katanya, Rusia mempunyai dua pilihan sama ada mengeluarkan kata dua kepada Ukraine supaya menyerah diri atau menyerangnya dengan cara sama seperti di bandar Kharkiv. 

Buat masa sekarang, penduduk di Kyiv hanya mempunyai pilihan untuk tunggu dan lihat apakah langkah konvoi tentera Rusia seterusnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya