Keluarga mangsa nahas China Eastern resah tunggu maklumat terkini - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa nahas China Eastern resah tunggu maklumat terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Keluarga mangsa pesawat China Eastern Airlines yang terhempas semalam terus sabar dan resah menunggu maklumat terkini mengenai nahas yang berlaku.

Pihak berkuasa China hanya memaklumkan terdapat kematian dalam nahas itu, namun tidak mendedahkan jumlahnya.

Namun, berdasarkan keadaan di lokasi nahas, kemungkinan semua penumpang terkorban adalah tinggi.

Ketika ini, pasukan penyelamat masih berada di lokasi kejadian dan mula mengumpul serpihan pesawat yang dipercayai berkecai ketika terhempas di kawasan pergunungan di selatan China.

Berdasarkan video yang dirakam penduduk setempat, kapal terbang itu menjunam 90 darjah pada kelajuan maksimum sebelum terhempas dan meletup, menyebabkan api menjulang tinggi di lokasi nahas.

Susulan nahas tersebut, China Eastern menggantung semua operasi pesawat Boeing 737-800 sehingga punca nahas dikenal pasti.

Dalam pada itu, seorang pakar penerbangan Britain menyatakan juruterbang berusaha sebaik mungkin untuk mengawal pesawat sebelum menyedari ‘tiada apa yang boleh dilakukan selain terhempas’.

Sally Gethin berkata, juruterbang dan penumpang mungkin pengsan akibat tekanan daya G (G-force) ketika pesawat itu menjunam 90 darjah.

“Namun, 10 hingga 20 saat sebelum terhempas, juruterbang mungkin tersedar semula dan cuba mengawal pesawat sebaik mungkin.

“Dipercayai, kesemua penumpang tidak sedarkan diri ketika pesawat menjunam dan terhempas,” katanya kepada The Sun Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.