Kahwini adik Jokowi, ketua hakim mahkamah digesa letak jawatan

Kahwini adik Jokowi, ketua hakim mahkamah digesa letak jawatan

ANWAR USMAN dilaporkan sudah berkahwin dengan adik perempuan Jokowi, Idayati pada minggu lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sejumlah pihak menggesa Ketua Majlis Hakim Mahkamah Perlembagaan, Anwar Usman supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau sudah berkahwin dengan adik perempuan Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Hal ini bagi mengelakkan timbulnya konflik berkepentingan yang boleh memberi kesan terhadap mahkamah tersebut.

Pengarah Pusat Pengajian Perlembagaan di Fakulti Perundangan Universiti Andalas, Feri Amsari berkata, perkahwinan itu boleh menimbulkan masalah terhadap kredibiliti Mahkamah Perlembagaan kerana Anwar akan terlibat dalam banyak perkara berkaitan politik Jokowi.

“Contohnya, pelaksanaan Undang-Undang Ibu Kota Negara (IKN) kerana Jokowi merupakan satu daripada pihak terpenting dalam undang-undang itu.

“Konflik seperti ini perlu dijauhi bagi memastikan maruah Mahkamah Perlembagaan terus terpelihara,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Feri juga berharap Anwar akan mengundurkan diri segera selepas berkahwin dengan Idayati.

Tegas beliau, adalah penting untuk setiap mahkamah membuat keputusan yang adil tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

Selain itu, peguam Victor Santoso Tandiasa juga menyuarakan pandangan sama.

“Kita tidak mahu rakyat beranggapan, mentang-mentang Anwar adik ipar Jokowi, maka beliau mendapat layanan istimewa,’ ujarnya.

Terdahulu, tersebar berita memaklumkan Anwar sudah berkahwin dengan Idayati dan perkara itu disahkan oleh anak Jokowi, Gibran Rakabuming Raka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN