Hummer H1 gergasi curi tumpuan penduduk UAE - Utusan Malaysia

Hummer H1 gergasi curi tumpuan penduduk UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Seperti namanya, kenderaan jenama Hummer H1 X3 tiga kali ganda lebih besar berbanding saiz sebenar Hummer H1, sekali gus menjadikannya sebagai kenderaan Hummer paling besar di dunia.

Hummer H1 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbesar yang pernah dihasilkan, namun ia kelihatan seperti kereta permainan apabila diletakkan bersebelahan dengan Hummer H1 X3.

Kenderaan gergasi itu setinggi 6.6 meter, 14 meter panjang dan 6 meter lebar.

Pemiliknya, Sheikh Hamad bin Hamdan al-Nahyan mempunyai hobi mengumpul koleksi kereta pelik dan berharga.

Hummer gergasi itu digerakkan dengan empat enjin diesel dan Sheikh Hamad tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai spesifikasi kenderaan tersebut.

Kewujudkan kenderaan itu mula tular dalam media sosial selepas ia dilihat dipandu di sebuah jalan di Al Madam, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN