Hujan lebat sukarkan operasi cari kotak hitam China Eastern - Utusan Malaysia

Hujan lebat sukarkan operasi cari kotak hitam China Eastern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WUZHOU: Hujan lebat yang turun di lokasi nahas menyukarkan usaha pasukan keselamatan melakukan operasi mencari kotak hitam pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu.

Sehingga hari ini, pasukan keselamatan tidak menemukan mangsa terselamat, sekali gus menganggap kesemua 132 penumpang termasuk sembilan kru pesawat berkenaan terkorban.

Ratusan anggota bomba, pegawai keselamatan dan kumpulan sukarelawan dikerahkan ke sekitar lokasi nahas bagi mengesan kedudukan kotak hitam pesawat berkenaan.

Laman web FlightRadar24 menunjukkan pesawat itu menurun mendadak daripada altitud 29,100 kaki kepada 7,850 kaki dalam tempoh seminit.

Kemudian, pesawat itu menurun lagi kepada ketiggian 3,225 kaki sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan.

Disebabkan hujan lebat, pasukan keselamatan terpaksa menghentikan operasi bagi mengelak insiden tidak diingini.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa khuatir jika berlaku tanah runtuh di lokasi nahas, sekali gus membahayakan keadaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN