Hasrat anak mahu kaut harta bapa RM550j tidak kesampaian

Hasrat anak mahu kaut harta bapa RM550j tidak kesampaian

LOUISE Reeves (kanan) diperintah membayar 70 peratus perbelanjaan undang-undang Bill Reeves. - CHAMPION NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita yang didakwa memanipulasi bapanya untuk meninggalkan sebahagian besar hartanya bernilai 100 juta pound (RM550.6 juta), dilaporkan kalah dalam kes tuntutan pembahagian harta di mahkamah.

Malahan, Louise Reeves kini berdepan dengan kos perbelanjaan undang-undang sebanyak dua juta pound (RM11.01 juta) selepas kalah dalam kes yang berlangsung selama tiga tahun di mahkamah tinggi.

Lapor Daily Mail, Louise bergaduh dengan abangnya, Bill Reeves berhubung pembahagian harta bapanya, Kevin Reeves yang merupakan taikun hartanah.

Kevin sebelum ini mahu meninggalkan saham sebanyak 27 juta pound (RM148.6 juta) untuk Bill, namun wasiat terakhirnya pada 2014 hanya tertera peninggalan koleksi harta benda peribadi bernilai kira-kira 200,000 pound (RM1.10 juta).

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Green pada bulan lalu memutuskan wasiat itu tidak sah kerana Louise gagal membuktikan bapanya ‘mengetahui dan merestui’ kandungan dalam dokumen tersebut.  

Green mendapati Louise mungkin ‘mengubah’ wasiat itu dan gagal membuktikan bahawa Kevin yang buta huruf ‘menyetujui’ kandungan tersebut.

Ini bermakna Louise dan Bill masing-masing mendapat sebanyak 27 juta pound (RM148.6 juta) dan harta selebihnya dibahagikan antara adik tiri, Lisa Murray serta ahli keluarga lain.

Minggu ini, Green memerintahkan Louise untuk membayar sebahagian besar perbelanjaan undang-undang adik-beradiknya ketika kes pertikaian di mahkamah. 

Menurut peguam, Louise diperintah untuk membayar 70 peratus perbelanjaan undang-undang Bill yang mungkin melebihi sejuta pound (RM5.5 juta).

Jelas peguam Bill, Constance McDonnell QC, penghakiman terhadap Louise membawa ‘implikasi’ bahawa wanita itu melakukan penipuan dengan meminta bapanya mengakui wasiat 2014 tanpa mengetahui syarat atau menyangkanya perkara lain.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN