Hanya lima negara tentang resolusi PBB kecam Rusia

Hanya lima negara tentang resolusi PBB kecam Rusia

NEGARA anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi resolusi mengecam serangan Rusia terhadap Ukraine di New York, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Hanya lima negara menentang resolusi tidak terikat yang diusulkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang mengecam Rusia menyerang Ukraine.

Lima negara itu adalah Eritrea, Korea Utara, Syria, Belarus dan Rusia sendiri.

Selain itu, sebanyak 35 negara anggota yang lain mengambil keputusan berkecuali termasuk China.

Resolusi yang diundi sebanyak 141 daripada 193 negara anggota itu mendesak Rusia supaya mengundurkan tenteranya dari Ukraine.

Resolusi itu secara tidak langsung mengecam hebat tindakan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menyerang Ukraine, selain mengarahkan pasukan nuklearnya bersiap siaga.

PBB dalam pada masa sama mendesak supaya Rusia mengundurkan pasukan tenteranta dari Ukraine dalam kadar segera sebelum keadaan menjadi semakin teruk.

Putin menyerang Ukraine secara besar-besaran pada 24 Februari lalu selepas beberapa kali menegaskan Rusia tidak mempunyai rancangan untuk  menyerang Ukraine.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan berhubung dakwaan berlaku jenayah perang di Ukraine.

Siasatan itu dilakukan selepas dikemukakan oleh 39 negara termasuk Kesatuan Eropah (EU), Australia, Britain, Kanada, New Zealand, Switzerland dan Amerika Latin.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan berkata, beliau sudah maklumkan kepada Presiden ICC mengenai keputusan untuk meneruskan siasatan berhubung situasi di Ukraine.

“Tugas kami untuk mengumpul bahan bukti sudah bermula,” katanya.

Karim sebelum ini mengumumkan beliau membuka kertas siasatan kemungkinan berlaku jenayah perang susulan serangan Rusia di Ukraine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya