Erdogan enggan jejas hubungan dengan Rusia 

Erdogan enggan jejas hubungan dengan Rusia 

erdogan
KAPAL selam tentera Rusia, Rostov-on-Don berlayar melalui Selat Bosphorus dalam perjalanan ke Laut Hitam pada bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan tidak mahu menjejaskan hubungan dengan Rusia walaupun negaranya sudah menutup laluan di Selat Bosphorus dan Dardanelles.

Pada masa sama, pemimpin itu turut menegaskan pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan kepentingan negaranya. 

Lapor Al Jazeera, Erdogan berkata, Turki akan mengguna pakai kuasa dibawah Konvensyen Montreux berkaitan laluan kapal perang di selat berkenaan bagi mencegah krisis yang semakin meningkat di Ukraine.

“Kami tidak berkompromi dengan kepentingan negara serta mengabaikan keseimbangan serantau dan global.

“Turki juga tidak akan meminggirkan Rusia mahupun Ukraine,” katanya.

Terdahulu, Turki memaklumkan negaranya sudah menyekat kapal-kapal perang berlayar di Selat Bosphorus dan Dardanelles.

Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu berkata, Ankara sudah melaksanakan pakatan antarabangsa ke atas laluan kapal tentera untuk masuk ke Laut Hitam.  

Sebelum ini, Ukraine meminta kerajaan Turki menutup laluan di kedua-dua selat berkenaan untuk menghalang kemaraan tentera Rusia ke Laut Hitam. 

Turki sebagai anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), berusaha mengimbangi komitmennya dengan Barat serta hubungan rapatnya dengan Moscow.   

Isnin lalu, Erdogan menyifatkan serangan Rusia ke atas Ukraine sebagai tidak boleh diterima.

Beliau juga menggesa rundingan baik dari semua pihak untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN