Arab Saudi juga sudah bebas

Arab Saudi juga sudah bebas

JEMAAH luar tidak perlu lagi menjalani kuarantin ketika tiba di Arab Saudi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Semua pelancong yang tiba di Arab Saudi tidak perlu lagi menjalani kuarantin serta menunjukkan bukti ujian calitan Covid-19 (PCR) semasa ketibaan.

Lapor Saudi Gazette, kelonggaran syarat itu antara sekatan Covid-19 yang ditarik balik oleh 

Kerajaan Arab Saudi sejak Sabtu lalu, termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.

Langkah itu juga menyaksikan penjarakan fizikal di Masjidilharam dan Masjid Nabawi dihentikan, termasuk di semua tempat tertutup dan semua penganjuran acara di tempat terbuka.  

Bagaimanapun, pengunjung masih perlu memakai pelitup muka terutamanya di kawasan tertutup.

Keputusan itu diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dan berkuatkuasa kelmarin.  

Arab Saudi turut menarik balik larangan penerbangan ke beberapa negara Afrika seperti Zimbabwe, Botswana dan Nigeria susulan penemuan varian Omicron sebelum ini.

Pihak kementerian turut menekankan kepentingan melengkapkan pelaksanaan imunisasi, pengambilan dos penggalak serta menggunakan prosedur pengesahan status kesihatan dalam aplikasi Tawakkalna ketika memasuki kemudahan, aktiviti, pesawat dan pengangkutan awam. 

“Langkah-langkah yang diambil adalah tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan mengikut perkembangan situasi epidemiologi,” jelasnya

Setakat 4 Mac lalu, Arab Saudi hanya merekodkan pertambahan kes baharu Covid-19 sebanyak 363 kes, berbanding 3,555 kes pada 4 Februari. 

Dalam perkembangan sama, Kementerian Haji dan Umrah memaklumkan jemaah tidak perlu lagi mengisi permit dan penggiliran semasa menunaikan ibadah di Masjidil Haram . 

Keputusan terkini itu memberi kemudahan kepada pengunjung di dua masjid suci dan semasa melawat makam Nabi Muhammad SAW tanpa sebarang permit. 

Bagaimanapun, pihak kementerian memaklumkan permit masih perlu dimohon ketika menunaikan umrah dan ibadah di Raudhah. 

“Jemaah hanya perlu menunjukkan status kesihatan dalam aplikasi Tawakkalna semasa memasuki dan menunaikan ibadah di dua masjid suci,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN