125 gempa susulan direkodkan di Sumatera Utara

125 gempa susulan direkodkan di Sumatera Utara

PENDUDUK berjalan di atas runtuhan masjid di Pasaman Barat, Sumatera Barat, baru-baru ini. - ANTARA FOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG: Sebanyak 125 gempa susulan direkodkan sejak dua gempa bumi menggegarkan Pasaman Barat di Sumatera Utara pada Jumaat lalu.

Lapor CNN Indonesia, keadaan ketika ini semakin stabil dan gempa susulan juga semakin lemah.

Hal itu disampaikan oleh Ketua Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), Dwikorita Karnawati yang menyatakan ancaman gempa bumi semakin reda dan keadaan kembali stabil.

“Gempa susulan sudah berlaku sebanyak 125 kali sejak Jumaat lalu dan kekuatannya semakin lemah sehingga mencapai ukuran dua skala Richter.

“Sehubungan itu, ancaman gempa sudah reda dan ketika ini, BMKG akan memantau risiko bencana alam lain yang berkemungkinan tercetus akibat gempa berkenaan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, dua gempa bumi yang masing-masing berukuran 5.2 dan 6.2 Richter menggegarkan Pasaman Barat, menyebabkan penduduk lari bertempiaran meninggalkan rumah masing-masing.

Kekuatan gegaran turut dirasakan sehingga Singapura dan Malaysia.

Ketika ini, lebih 5,000 penduduk Pasaman Barat masih berlindung di pusat pemindahan sementara kerana masih bimbang dengan ancaman gempa bumi.

Penduduk yang terjejas amat memerlukan bantuan asas termasuk selimut dan bekalan air bersih.

Dalam pada itu, Dwikorita mengingatkan penduduk supaya berhat-hati kerana biarpun ancaman gempa semakin lemah, dikhuatiri berlaku bencana lain seperti tanah runtuh.

Hal ini kerana, gegaran gempa bumi menyebabkan pergerakan tanah berlaku dan runtuhan boleh berlaku bila-bila masa.

Gempa bumi itu setakat ini meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa dan ratusan lagi cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya