Wanita Kuwait boleh jadi tentera, tapi tidak boleh pegang senjata

Wanita Kuwait boleh jadi tentera, tapi tidak boleh pegang senjata

GOLONGAN wanita mendaftarkan diri untuk menyertai tentera di pejabat Kementerian Pertahanan Kuwait.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUWAIT CITY: Kebenaran golongan wanita menjadi tentera dengan syarat tertentu di Kuwait menimbulkan kemarahan daripada golongan tersebut.

Lapor The Guardian, kemarahan memuncak kerana golongan tersebut dikenakan syarat seperti perlu mendapat kebenaran daripada penjaga lelaki dan dibenarkan mengambil peranan bertempur di medan perang namun dilarang memegang senjata.  

Aktivis menyifatkan polisi tersebut sebagai ‘satu langkah kehadapan, dan dua langkah ke belakang’ selepas Kementerian Pertahanan memutuskan wanita yang menjadi anggota tentera juga diwajibkan memakai tudung. 

Seorang guru sukan dan ahli jawatankuasa wanita Persatuan Bola Sepak Kuwait, Ghadeer al-Khashti berasa harian dengan peraturan ketat yang dikenakan untuk menyertai tentera. 

“Sudah bermacam-macam jenis pekerjaan golongan wanita terlibat di negara ini termasuk ada yang sudah menjadi anggota polis.

“Semasa pencerobohan di Iraq, ibu saya menyembunyikan senjata di dalam abaya yang dipakainya sebagai langkah perlindungan dan dan bapa saya sangat memberi galakan.

“Sekarang saya tidak faham atas dasar apa mereka melihat golongan wanita sebagai lemah,” jelasnya.

Ketua Kebudayaan Wanita dan Komuniti Sosial Kuwait, Lulwa Saleh al-Mulla pula menyifatkan arahan kementerian itu sebagai satu bentuk diskriminasi dan tidak berperlembagaan.

Oleh hal yang demikian, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang mewakili organisasi yang diwakilinya. 

“Kita mempunyai golongan wanita yang setia mempertahankan negara atas kerelaan mereka sendiri.

“Tiada sesiapa memaksa mereka kerana itu adalah cinta mereka terhadap negara. 

“Kita adalah negara Islam, namun undang-undang tidak semestinya terikat dengan fatwa. Hak kebebasan sudah termaktub dalam Perlembagaan yang mendasari undang-undang negara,” tegasnya. 

Oktober lalu, pihak kementerian membenarkan golongan wanita bertempur, namun, peraturan ketat dikenakan selepas dipersoal oleh penggubal undang-undang konservatif, Hamdan al-Azmi. 

Hamdan mempertikaikan peranan wanita bertempur ‘tidak sesuai dengan fitrah wanita itu sendiri’. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN