NEW DELHI: Pihak polis memberkas tiga transgender kerana disyaki terlibat dalam kes samun di Kishangarh.
Lapor India Today, mangsa, Manoj Kumar Singh berkata, semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah, tiga suspek tersebut menghalang dan menarik dirinya ke tempat gelap sebelum menyamun dirinya.
Selepas disamun, mangsa menghubungi pihak polis dan ketiga-tiga suspek berjaya ditahan.
Hasil tangkapan itu, pihak polis berjaya menemukan sejumlah wang dan dokumen yang dicuri oleh suspek.
Ketigat-tiga transgender itu dikenali sebagai Shreya, Kavina dan Chandani.
Semasa sesi soal siasat dijalankan, suspek mengaku berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga melakukan jenayah tersebut.