Sweden latih burung gagak jadi pengutip sampah - Utusan Malaysia

Sweden latih burung gagak jadi pengutip sampah

BURUNG gagak dilatih memungut puntung rokok dan memasukkannya ke dalam sebuah mesin layan diri khas di Taby, berhampiran Stockholm, Sweden. - CORVID CLEANING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Sebuah bandar di Sweden melatih burung gagak untuk memungut puntung rokok dan sampah sarap di sekitar jalanan bagi mengekalkan kebersihan kawasan tersebut.

Lapor Daily Mail, burung liar itu dilatih secara berperingkat untuk memungut sampah dan memasukkannya ke dalam mesin yang akan menyalurkan makanan kepada haiwan itu di bandar Södertälje.

Usaha itu merupakan sebahagian projek perintis dikenali sebagai Corvid Cleaning yang dilaksanakan oleh The Keep Sweden Tidy Foundation.  

Projek itu bertujuan mengurangkan kos pembersihan jalanan di bandar tersebut.

Pengasas syarikat itu, Christian Günther-Hanssen menganggarkan penggunaan burung gagak boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 75 peratus daripada kos pembersihan jalanan di Södertälje.

Södertälje ketika ini membelanjakan kira-kira 20 juta kroner Sweden (RM9.07 juta) untuk kos pembersihan di bandar tersebut.

Katanya, burung gagak ‘mengambil bahagian secara sukarela’ dan lebih mudah untuk diajar berbanding spesies burung yang lain.

“Lebih mudah untuk mengajar burung gagak malah terdapat peluang tinggi haiwan itu mampu belajar sesama mereka,” katanya.

Mesin khas itu yang mampu membezakan sampah selain batu dan daun, akan memberi ganjaran dalam bentuk makanan kepada burung gagak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya