Suu Kyi berdepan satu lagi tuduhan rasuah - Utusan Malaysia

Suu Kyi berdepan satu lagi tuduhan rasuah

AUNG San Suu Kyi bertemu dengan ketua junta, Min Aung Hlaing di Naypyidaw, Myanmar pada 2 Disember 2015. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kerajaan junta tentera Myanmar mengumumkan satu lagi dakwaan rasuah baharu terhadap pemimpin demokrasi yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Suu Kyi kini berdepan perbicaraan melibatkan 11 kes yang jika disabitkan kesalahan bakal menyaksikan pemimpin berusia 76 tahun itu dihukum penjara sekurang-kurangnya 150 tahun.

Sehingga kini, Suu Kyi sudah pun dihukum penjara selama enam tahun bagi beberapa kes.

Pada 6 Disember tahun lalu, Suu Kyi dihukum penjara selama dua tahun selepas didapati bersalah menghasut menentang junta tentera dan dua tahun lagi penjara kerana melanggar peraturan Covid-19.

Ketua junta, Min Aung Hlaing kemudiannya ‘mengampunkan’ Suu Kyi dengan mengurangkan hukuman penjaranya daripada empat tahun kepada dua tahun.

Pada 10 Januari lalu, pemimpin wanita itu sekali lagi didapati bersalah kerana menyeludup alat komunikasi dan melanggar sekatan Covid-19.

Bagi dua kesalahan itu, Suu Kyi dikenakan hukuman penjara empat tahun.

Selain itu, Suu Kyi turut berdepan dengan sejumlah tuduhan rasuah dengan setiap satunya boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Sejak tentera melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari 2021, banyak sekutu politik Suu Kyi ditahan dengan seorang daripada ahli Parti Liga Demokrasi Kebangsaan yang diterajui Suu Kyi sebelum ini dihukum mati atas dakwaan melakukan keganasan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN