Ribuan protes perjanjian hutang pinjaman kerajaan dengan IMF di Argentina - Utusan Malaysia

Ribuan protes perjanjian hutang pinjaman kerajaan dengan IMF di Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Ribuan penunjuk perasaan berarak di sekitar ibu negara Argentina untuk membantah persetujuan dicapai antara kerajaan pimpinan Presiden, Alberto Fernandez dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berhubung pembayaran balik pinjaman sebanyak AS$44 bilion (RM184 bilion).

Dilaporkan, aktivis daripada kira-kira 200 pergerakan dan persatuan berhimpun di hadapan perkarangan kediaman rasmi presiden, Casa Rosada.

Timbalan Presiden Left and Worker Front (FIT), Myriam Bregman mengecam perjanjian baharu mengenai bayaran balik pinjaman tersebut.

“Kerajaan pimpinan Fernandez harus ingat sejarah Argentina. Semua perjanjian dengan IMF sejak 1983 menyebabkan situasi huru-hara serta berakhir dengan penstrukturan semula, hiperinflasi dan krisis sosial yang buruk.

“Jadi, kerajaan harus membuktikan mengapa kali ini ia berbeza,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, Fernandez mengumumkan perjanjian pembayaran balik baharu dengan IMF membabitkan pinjaman AS$44 bilion (RM184 bilion) yang diberikan ketika zaman pemerintahan bekas Presiden Mauricio Macri pada 2018.

Di bawah perjanjian baharu itu, Argentina komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya secara progresif daripada 3 peratus pada tahun lalu kepada 0.9 peratus pada 2024.

Menurut kerajaan, perjanjian itu tidak sama sekali akan menjejaskan perbelanjaan sosial mahupun pertumbuhan ekonomi negara.

Perjanjian baharu itu masih memerlukan kelulusan Kongres yang mana gabungan parti pemerintah mempunyai kumpulan terbesar namun tidak mempunyai majoriti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN