Remaja perempuan cekik nenek hingga mati, buang mayat tepi jalan

Remaja perempuan cekik nenek hingga mati, buang mayat tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAKHON RATCHASIMA: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mengaku mencekik neneknya hingga mati di rumah mereka di daerah Muang.

Gadis itu memberitahu, dia melakukan perbuatan itu dengan bantuan teman lelakinya sebelum membuang mayat mangsa di tepi jalan.

Lapor Bangkok Post, remaja perempuan itu dan teman lelakinya ditahan polis di Tak, kelmarin.

Suspek yang tidak didedahkan namanya dan teman lelaki, Pathiphon Chantharamonthon, 23, turut dibawa ke rumah sewa yang menjadi lokasi pembunuhan tersebut.

Lokasi kejadian

Namun, lebih 200 penduduk yang berang dengan insiden itu berkumpul di lokasi kejadian, menyebabkan suspek tidak dibenarkan turun.

Polis bimbang sekiranya gadis itu menjadi mangsa serangan penduduk setempat.

Pasangan itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya di daerah Mae Sot di wilayah Tak kelmarin.

Ketika ditahan, pasangan itu kelihatan resah, menyebabkan polis memeriksa kenderaan mereka termasuk kad pengenalan.

Berdasarkan maklumat awal, gadis itu merupakan cucu kepada wanita warga emas berusia 62 tahun yang mayatnya ditemukan dalam tong sampah di tepi jalan.

Polis mengenal pasti identiti suspek sebagai Somsri Mamkrathok yang berasal dari wilayah Saraburi.

Ketika disoal siasat, gadis itu mengakui membunuh neneknya dengan cara mencekiknya sehingga pengsan, kemudian menjerut leher mangsa menggunakan tali.

Motif pembunuhan itu dipercayai berlaku kerana suspek berasa tertekan dengan mangsa yang sering melarangnya berkawan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya