Rakyat Australia wajib ambil dos penggalak, pelancong dikecualikan - Utusan Malaysia

Rakyat Australia wajib ambil dos penggalak, pelancong dikecualikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Rakyat Australia perlu mendapatkan suntikan dos penggalak untuk memastikan status vaksinasi Covid-19 mereka lengkap.

Namun, bagi pelancong antarabangsa, mereka tidak memerlukan dos penggalak untuk memasuki negara ini, cukup sekadar dua dos vaksin.

Semalam, Kabinet Australia mengesahkan garis panduan yang disemak daripada kumpulan penasihat vaksin negara ini bagi memastikan status terkini program imunisasi termasuk dos penggalak.

Perdana Menteri, Scott Morrison, berkata status vaksinasi individu dianggap ‘tamat tempoh’ sekiranya mereka tidak menerima dos penggalak dalam tempoh enam bulan daripada tarikh suntikan dos kedua.

Pihak berkuasa Australia pada mulanya mewajibkan vaksin untuk golongan petugas barisan hadapan, tetapi banyak perniagaan swasta, termasuk syarikat besar, restoran dan runcit mewajibkan imunisasi bagi memasuki premis masing-masing.

Australia merupakan negara paling tinggi liputan vaksinasi Covid-19 dengan 94 peratus rakyatnya yang berusia 16 tahun sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

Sehingga kini, sebanyak 10 juta penduduk negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN