TUNIS: Puluhan pelarian mengadakan protes di Tunisia, dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan diterima dan menuntut untuk dipindahkan.
Lapor BBC, kebanyakan pelarian berkenaan berasal dari Sudan dan negara sub-Sahara.
Kumpulan pelarian itu mengadakan protes duduk di luar pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak di bandar pelabuhan Zarzis, selatan Tunisia.
Beberapa pelarian turut membawa sepanduk yang tertera `Hentikan keganasan terhadap kami’.
Sebelum ini, pengawal pantai Tunisia memintas kira-kira 20,000 pendatang yang cuba menyeberangi Laut Mediterranean ke eropah pada tahun lalu. – AGENSI










