Polis Thailand tahan ketua sindiket seludup PATI ke Malaysia

Polis Thailand tahan ketua sindiket seludup PATI ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis Thailand berjaya menahan ketua sindiket penyeludupan manusia yang cuba membawa masuk seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar ke Malaysia menerusi Songkhla.

Lapor Bangkok Post, polis di daerah Sadao menahan Saiyid Ratdaewa selepas menjejakinya di sebuah rumah yang disewanya.

Polis mendapati Saiyid bertanggungjawab menguruskan penyeludupan pendatang untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sepucuk pistol dan 33 butir peluru hidup, selain trak pikap dan telefon bimbit.

Polis turut memaklumkan, sindiket itu turut dianggotai wakil dari Malaysia dan Myanmar.

Pada bulan lalu, sindiket tersebut cuba menyeludup 31 pendatang dari Myanmar iaitu terdiri dari 25 lelaki dan enam perempuan ke Malaysia.

Polis menemukan kumpulan pendatang itu cuba bersembunyi di sebuah ladang pokok getah di daerah Sadao, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia.

Kumpulan pendatang itu memaklumkan, mereka memasuki Thailand menerusi Tak sebelum dibawa ke Songkhla dan Sadao.

Ketika di Sadao, mereka diminta menunggu bantuan untuk memasuki Malaysia.

Media tempatan melaporkan, suspek didakwa berasal dari Padang Besar, namun tidak dinyatakan jika dia merupakan rakyat Malaysia.

Pendatang dari Myanmar sering memasuki negara ini untuk mencari pekerjaan.

Golongan itu sering diminta membayar 5,000 hingga 50,000 baht (RM650 hingga RM6,507) kepada sindiket.

Sementara itu, pihak berkuasa Thailand akan mengambil langkah keselamatan lebih ketat bagi menghalang kegiatan sindiket berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya