Penduduk resah jumpa kubur misteri, mengandungi janin yang digugurkan

Penduduk resah jumpa kubur misteri, rupanya mengandungi janin yang digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTUL: Kewujudan satu kubur misteri yang meresahkan penduduk di Jetis, Bantul terjawab selepas polis mengesahkan ia mengandungi janin yang digugurkan.

lapor Kompas.com, kubur dengan nama Arsila Bin Andreas itu ditemukan penduduk sejak 30 Januari lalu dan seingat mereka, tiada sebarang kematian atau pengebumian dilakukan baru-baru ini.

Persoalan penduduk terjawab selepas pasangan remaja lelaki dan perempuan ditahan polis ketika mereka melawat kubur berkenaan.

Polis turut menggali semula kubur itu dan menemukan sejumlah tulang yang dibungkus dengan kain kafan dan berdasarkan pemeriksaan awal, janin itu digugurkan ketika berusia lima bulan.

Ketua Polis Bantul, Ihsan berkata, pasangan remaja tersebut merupakan ibu bapa kepada janin berkenaan.

Katanya, remaja perempuan menceritakan dia hamil anak luar nikah bersama kekasihnya dan takut diketahui ramai, dia bertindak menggugurkan kandungannya.

“Remaja perempuan itu menelan 16 pil untuk menggugurkan kandungannya dan selepas mengalami kontraksi, dia melahirkan anaknya di dalam bilik mandi.

“Selepas itu, dia dan kekasihnya segera mengebumikan janin tersebut. Pasangan itu turut memberitahu hubungan mereka tidak direstui keluarga masing-masing,” katanya.

Jelas Ihsan, disebabkan hal itu, pasangan remaja berkenaan memutuskan menggugurkan kandungan.

“Kami akan menyiasat kes ini secara menyeluruh dan jika didapati pasangan remaja itu sengaja menggugurkan kandungan, mereka akan didakwa mengikut undang-undang,” tegas Ihsan.

Sementara itu, polis turut merampas kain kafan dan batu nisan untuk dijadikan bahan bukti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya