Pelajar didenda guru hantuk kepala ke dinding 100 kali

Pelajar didenda guru hantuk kepala ke dinding 100 kali

TANGKAP layar video menunjukkan dua pelajar sekolah menengah di Kupang didenda seorang guru untuk menghantukkan kepala mereka ke dinding kelas sebanyak 100 kali. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Video 44 saat yang menunjukkan dua pelajar sekolah menengah di Kupang didenda guru dengan menghantukkan kepala mereka ke dinding menjadi tular.

Seorang daripada pelajar dalam video tersebut dikenali sebagai IF, 15, dan keluarganya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan insiden itu.

“Kami sudah buat laporan polis pada 13 Februari lalu. Sekarang ini, kami serahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” kata saudara IF, Dolu Yason kepada Kompas.com

Jelas Dolu, dalam video tersebut, IF dan rakannya diarahkan hantukkan kepala mereka ke dinding oleh guru subjek Pendidikan Jasmani berkenaan sebanyak 100 kali.

Katanya, kejadian bermula ketika IF dan rakannya tidak mengumpulkan semula buku yang disuruh guru tersebut pada 10 Februari lalu.

“Berang dengan perkara tersebut, guru berkenaan meminta IF dan rakannya datang ke depan kelas. Dan mengarahkan mereka menghantukkan kepala ke dinding kelas sebanyak 100 kali.

“Pada kiraan ke-89, IF disuruh mengulangi semua perbuatannya kerana hantukkannya disifatkan ‘tidak kuat’.

“Guru itu bertanya kepada pelajar lain adakah mereka dengar bunyi hantukkan tersebut dan meminta IF segera mengulanginya,” ujar Dolu.

Tidak cukup dengan itu, dua pelajar itu juga diarahkan membersihkan kawasan sekolah sebelum berlutut sambil menarik telinga antara satu sama lain.

Akibat insiden itu, dua pelajar tersebut mengalami kecederaan pada dahi, telinga dan mengadu sakit kepala.

Sementara itu, polis Kupang mengesahkan menerima laporan yang dibuat keluarga mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN