Orang awam terbunuh dalam serbuan pasukan operasi khas AS di Syria - Utusan Malaysia

Orang awam terbunuh dalam serbuan pasukan operasi khas AS di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMASCUS: Beberapa orang awam termasuk kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam satu serbuan dijalankan oleh pasukan operasi khas Amerika Syarikat (AS) di barat laut Syria.

Lapor Al Jazeera, penduduk tempatan memaklumkan sekurang-kurangnya 12 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh dalam operasi dijalankan berhampiran sempadan Turki di wilayah Idlib.

Operasi itu dilakukan di sebuah kawasan padat dengan penduduk yang mana puluhan ribu orang berpindah dari perang Syria tinggal di kem sementara atau perumahan yang sesak.

Memetik laporan agensi berita AP, beberapa penduduk tempatan yang enggan mendedahkan identiti mereka mengesahkan kematian orang awam tersebut.

Mereka juga mendakwa melihat beberapa bahagian anggota badan mangsa bertaburan di sekitar sebuah rumah di perkampungan Atmeh.

Reuters melaporkan operasi itu dipercayai menyasarkan anggota kumpulan Al-Qaeda namun tiada maklumat mengenai identiti individu itu mahupun laporan anggota itu terbunuh.

Penduduk mendakwa mereka terdengar bunyi tembakan kuat ketika operasi itu.

Sementara itu, Pentagon menerusi kenyataan memaklumkan misi dijalankan pasukan operasi khas AS berjaya.

Bagaimanapun, Pentagon tidak mendedahkan maklumat mengenai individu menjadi sasaran serta jumlah kecederaan mahupun kematian dalam operasi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.