Nusantara 'syurga' yang dikelilingi 'neraka' - Pengkritik - Utusan Malaysia

Nusantara ‘syurga’ yang dikelilingi ‘neraka’ – Pengkritik

LAKARAN ilustrasi artis Istana Presiden Indonesia di ibu negara baharunya, Nusantara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Beberapa tokoh negara mengkritik secara terbuka projek ibu negara baharu, Nusantara yang diilhamkan Presiden Joko Widodo (Jokowi).

CNN Indonesia melaporkan, antara tokoh terkemukan itu adalah ahli ekonomi, Faisal Basri dan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Faisal mempersoalkan impian Jokowi untuk membina ibu kota berteknologi hijau.

Namun jelasnya, secara realiti, Nusantara akan dikelilingi lombong, kilang penapisan minyak dan ladang kelapa sawit.

“Ini unik, dia (kerajaan) buat bandar hijau, bandar pintar, tapi persekitarannya berbeza sama sekali. Jadi syurga dikelilingi neraka. Lama-kelamaan syurga pun boleh panas,” kata Faisal dalam perbincangan secara online di Universiti Mulawarman.

Faisal berkata, tidak mustahil untuk memindahkan ibu negara.

Beliau hanya mengingatkan keadaan ekonomi yang tidak kondusif untuk melaksanakan projek mega itu.

Beliau juga memberi amaran bahawa transformasi ekonomi akan terbantut, dan kira-kira separuh penduduk berada dalam kategori miskin tegar, miskin, hampir miskin, dan terdedah kepada kemiskinan.

Secara berasingan, Jusuf Kalla meramalkan pemindahan ibu kota negara akan mengalami banyak masalah. Beliau menggalakkan kerajaan menyelesaikan masalah yang akan timbul pada masa hadapan.

“Hal rumit ini yang harus dilakukan bersama-sama, nanti ada masalah, pasti ada masalah, masalah bajet, masalah lokasi, dan sebagainya,” katanya dalam Rapat Kerja Nasional PKS di sini.

Beliau berkata, memindahkan ibu negara bukan perkara mudah. Bagaimanapun, beliau berkata, sekarang bukan masa lagi untuk berdebat kerana keputusan itu telah diambil oleh kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Kritikan tajam turut datang daripada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK), Busyro Muqoddas. Busyro menyifatkan proses perbincangan Rang Undang-Undang (RUU) Ibu Kota Negara (IKN) di DPR sebagai tindakan melulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya