Lokasi rundingan damai Ukraine-Rusia sudah disiapkan - Belarus - Utusan Malaysia

Lokasi rundingan damai Ukraine-Rusia sudah disiapkan – Belarus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Belarus hari ini sudah menyediakan lokasi yang bakal menjadi saksi rundingan damai antara Ukraine dan Rusia, ketika Moscow terus meningkatkan serangan di Kyiv.

Ukraine bersetuju untuk menghantar delegasi bagi mengadakan pertemuan dengan wakil Rusia di sempadan Belarus.

“Lokasi pertemuan delegasi Ukraine dan Rusia sudah disediakan dan kami menjangkakan mereka akan tiba tidak lama lagi,” menurut Kementrian Luar Belarus.

Jurucakap kementerian itu, Anatoly Glaz berkata, rundingan itu akan bermula sebaik sahaja semua delegasi tiba di lokasi yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Ukraine tidak mahu berharap dengan rundingan itu, namun tidak menolak jika Rusia mahu bertolak ansur.

Selain itu, Ukraine juga berikrar untuk tidak mengikut desakan Rusia biarpun Presidennya, Vladimir Putin mengancam untuk melancarkan perang nuklear.

Setakat ini, seramai 352 penduduk awam, termasuk 14 kanak-kanak terkorban dalam peperangan di Ukraine.

Selain itu, 1,684 orang cedera termasuk 116 kanak-kanak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya