Kapal kargo angkut kereta mewah masih terbakar - Utusan Malaysia

Kapal kargo angkut kereta mewah masih terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Sebuah kapal kargo mega yang dipenuhi kenderaan keluaran Volkswagen, Porsche, Audi dan Lamborghini masih terbakar ketika terapung di luar pantai Portugal.   

Kapal yang didaftarkan dengan mana Felicity Ace dan membawa 22 kru terbakar sejak minggu lalu, di tengah Lautan Atlantik. 

Menurut pemilik kapal, MOL Ship Management Singapore, dua bot tunda besar yang berada di tempat kejadian melakukan semburan air terhadap kapal sepanjang 200 meter itu. 

Kedua-dua kapal tunda itu tiba dari Gibraltar dan pasukan penyelamat dan bomba dijangka tiba Sabtu ini. 

Kapal bantuan itu akan membantu mengawal kedudukan pembawa kereta sebelum pemeriksaan oleh pasukan penyelamat dilakukan.  

Selepas keadaan dipastikan selamat, pasukan penyelamat akan menaiki kapal bagi melakukan penilaian awal rancangan menyelamat pada masa hadapan.  

Felicity Ace mampu membawa muatan kargo melebihi 17,000 metrik tan dan kebiasaannya digunakan untuk mengangkut ribuan kenderaan.

Bloomberg yang memetik sumber Volkswagen di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, kapal itu membawa sebanyak 3,965 kenderaan keluaran syarikat tersebut, selain Porsche, Audi dan Lamborghini.

Portal The Drive pula memaklumkan, Felicity Ace turut membawa 189 kenderaan keluaran Bentley yang dianggarkan bernilai AS$30 juta (RM126 juta).

Kumpulan Volkswagen dalam satu kenyataan memberitahu, kapal tersebut dalam perjalanan ke AS.-AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN