Kalaulah pelumba MotoGP tahu derita kami lalui untuk bina litar Mandalika

‘Kalaulah pelumba MotoGP tahu derita kami lalui untuk bina litar Mandalika’

GELAGAT Sibawaeh (paling kiri) dan dua lagi penduduk ketika menyaksikan sesi ujian MotoGP di Litar Mandalika, Lombok. - @hrc_motogp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANDALIKA: Gelagat tiga penduduk tempatan yang mengenakan kain sarung sambil menyaksikan sesi ujian rasmi MotoGP di Litar Mandalika menjadi tular dalam media sosial.

Gambar tersebut dirakam jurugambar profesional yang dimuat naik dalam akaun Instagram Repsol Honda Team.

Tiga individu tersebut yang dikenali sebagai Sibawaeh, 53, Medan, 47 dan Amaq Manim, 57, merupakan pemilik sebahagian tanah yang dijadikan litar lumba tersebut.

Lebih menyedihkan, urusan penjualan dan pembayaran tanah masih belum diselesaikan oleh Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC).

Sibawaeh memaklumkan tanahnya seluas 3.5 hektar diambil oleh ITDC untuk membangunkan sebahagian kawasan litar dan dia dijanjikan dengan bayaran yang lumayan, namun hingga kini hanya janji tinggal janji.

“Bunyi deruan motor ini buat hati saya sakit. Sedih mengenangkan nasib kami, tanah tergadai, duit tak dapat.

“Kami tidak sedar gambar kami dirakam ketika menyaksikan sesi ujian itu dan dalam hati kami terdetik bilakah masalah (jual tanah) ini akan selesai,” katanya kepada Kompas.com.

Sementara itu, Gabenor Nusa Tenggara Timur sebelum ini sudah membentuk pasukan tindakan bagi menyelesaikan masalah yang tercetus, namun sehingga kini tiada apa yang berubah.

Jurucakap pasukan tindakan itu, Zainal Asikin memaklumkan, terdapat 10 kes berkaitan masalah tanah perlu diuruskan dan ketika ini hanya dua yang berjaya diselesaikan.

Katanya, menyelesaikan kes penjualan serta pembayaran tanah mengambil masa yang lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya