Junta Myanmar bebaskan lebih 800 banduan - Utusan Malaysia

Junta Myanmar bebaskan lebih 800 banduan

AHLI keluarga mengerumuni bas yang membawa banduan di luar penjara Insein selepas dibebaskan di Yangon. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Junta tentera Myanmar mengumumkan pengampunan kepada lebih 800 banduan, hari ini.

Pengumuman itu dibuat ketika Myanmar mengadakan perarakan ketenteraan di ibu negara sempena sambutan Hari Penyatuan negara itu.

Myanmar dilanda konflik sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu dengan penganjuran protes besar-besaran dan tindakan keras ketenteraan yang membunuh lebih 1,500 penduduk.

Lapor media tempatan, Ketua Junta, Min Aung Hlaing mengeluarkan perintah pengampunan bagi 814 banduan.

Perintah pengampunan kali ini bagi memperingati ulang tahun ke-75 Hari penyatuan.

Jurucakap junta, Zaw Min Tun berkata, kebanyakan banduan diberi pengampunan adalah dari penjara di hab komersial Yangon.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada ahli akademik warga Australia yang ditahan lebih setahun lalu, Sean Turnell adalah individu dibebaskan.

Turnell yang merupakan seorang profesor ekonomi, bekerja sebagai penasihat kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Beliau ditahan pada Februari tahun lalu, beberapa hari selepas rampasan kuasa tentera.

Turnell didakwa melanggar undang-undang rahsia rasmi Myanmar dan berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun sekiranya didapati bersalah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN