Jokowi naikkan elaun bulanan ejen perisikan

Jokowi naikkan elaun bulanan ejen perisikan

JOKOWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menaikkan elaun ejen perisikan hampir dua kali ganda dan perkara itu termaktub dalam Peraturan Presiden Nombor 15 Tahun 2022 mengenai Elaun Jabatan Ejen Perisikan.

Lapor CNN Indonesia, pertambahan elaun itu yang diumumkan Jokowi itu diberikan kepada penjawat awam yang memegang posisi sebagai ejen perisikan dan jumlah elaum tersebut bergantung kepada pangkat mereka.

“Penjawat awam yang dilantik sebagai ejen perisikan diberikan Elaun Ejen Perisikan setiap bulan,” menurut dekri presiden.

Ejen perisikan kelas pertama bakal menerima elaun bulanan sebanyak 2.2 juta rupiah (RM647) dan dalam ketetapan sebelum ini, golongan tersebut tidak diberikan elaun.

Bagi ejen perisikan pertengahan, elaun bulanan mereka akan dinaikkan kepada 1.8 juta rupiah (RM539) berbanding 1.1 juta rupiah (RM321).

Kumpulan ejen perisikan junior pula bakal menerima elaun bulanan sebanyak 1.2 juta rupiah (RM368) berbanding 750,000 rupiah (RM219) sebelum ini.

Sementara itu, elaun bulanan itu hanya diberikan kepada penjawat awam yang berkhidmat dalam jabatan perisikan dan akan dihentikan sekiranya bertukar ke jabatan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya