‘Jangan mimpi Jakarta boleh bebas sampah’

‘Jangan mimpi Jakarta boleh bebas sampah’

TIMBUNAN sampah di Tapak Pelupusan Sampah Bersepadu Bantargebang di Bekasi, Jawa Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hari Peduli Sampah Kebangsaan akan disambut pada 21 Februari setiap tahun sejak 2006 dan sehingga kini sudah berlangsung selama 14 tahun.

Namun, aktivis alam sekitar, Muhammad Aminullah berpandangan, masalah pengurusan sampah di Jakarta hanya menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa.

Katanya, kegagalan pengurusan sampah di bandar raya ini menyebabkan Tapak Pelupusan Sampah Bersepadu Bantargebang di Bekasi semakin sesak.

“Sejak 14 tahun yang lalu sehingga kini, pengurusan sampai di Jakarta bukannya semakin baik, malah semakin teruk seperti sudah tidak terkawal lagi.

“Timbunan sampah harian di Jakarta dari 2015 hingga 2020 juga mengalami peningkatan iaitu dari 7,000 tan kepada 8,300 tan,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Aminullah, dari 8,300 tan timbunan sampah, hanya 945 tan berjaya dilupuskan dan lebih 7,400 tan sisanya dibuang ke tapak pelupusan.

Keadaan itu jelasnya hanya memburukkan situasi di Bantargebang yang merupakan tempat pengurusan sampah peringkat akhir.

Akibatnya, pada 2020, Bantargebang lumpuh kerana volum sampah yang ditimbun di sana melebihi kapasiti sepatutnya.

“Biarpun kerajaan sudah meluaskan kawasan tapak pelupusan sampah, itu bukan penyelesaian terbaik selagi pengurusannya tidak sistematik,” ujar Aminullah.

Dalam pada itu, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai bandar bebas sampah.

Namun, hasrat itu mungkin sukar dicapai sekiranya pengurusan sampah hanya dikendalikan pihak berkuasa.

Sebaliknya, Anies menegaskan, semua pihak perlu memainkan peranan bersama untuk menguruskan pembuangan sampah.

“Jangan mimpi Jakarta boleh bebas sampah jika tiada kesedaran tinggi mengenai kesan pembuangan sampah tidak terkawal. 

“Semua pihak ada peranan masing-masing. Jangan anggap isu (buang sampah ini) perkara ringan kerana kesannya boleh dirasai pelbagai pihak,” tegasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN