Jambatan sempadan AS-Kanada dibuka semula - Utusan Malaysia

Jambatan sempadan AS-Kanada dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WINDSOR: Jambatan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Kanada dibuka semula semalam selepas protes membantah sekatan Covid-19 menyekat akses laluan yang menghubungkan bandar kedua-dua negara selama hampir seminggu.

Detroit International Bridge Co. menerusi satu kenyataan memaklumkan Jambatan Duta dibuka sepenuhnya bagi membolehkan aliran perdagangan bebas antara ekonomi Kanada dan AS.

Jurucakap syarikat itu, Esther Jentzen mengesahkan kepada The Associated Press bahawa jambatan itu mula dibuka semula kepada aliran trafik.

Laluan sempadan itu biasanya membawa 25 peratus daripada semua perdagangan antara kedua-dua negara.

Protes di Kanada menjejaskan perniagaan di kedua-dua negara sehingga beberapa kilang automotif terpaksa ditutup.

Sementara itu, polis di Windsor, Ontario berkata, lebih 20 orang sudah ditahan.

Katanya, tujuh kenderaan ditunda dan lima lagi dirampas ketika polis menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan terakhir berhampiran jambatan utama itu yang menghubungkan bandar tersebut dan banyak kilang automatif Kanada dengan Detroit. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN