Indonesia hasilkan kereta, alat ganti eksport yang terbaik - Jokowi

Indonesia hasilkan kereta, alat ganti eksport yang terbaik – Jokowi

jokowi
Corolla Cross antara model yang dilancarkan oleh Toyota di pasaran tempatan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menghargai kualiti sumber daya manusia negara ini kerana mempunyai kelayakan menghasilkan kereta yang bagus untuk dieksport. 

Lapor Kompas.com, penghargaan itu disampaikan selepas pencapaian eksport pembuat kenderaan Indonesia, PT Toyota merekodkan dua juta unit kereta.

“Saya sangat menghargainya kerana kita sudah melihat penghasilan Toyota Fortuner yang dieskport ke Australia.

“Ini membuktikan sumber daya di Indonesia mempunyai kualiti yang bagus dalam menghasilkan kereta,” kata Jokowi. 

Jokowi turut melahirkan kegembiraan kerana tingkat kandungan dalam negeri (TKDN) penghasilan kereta yang dihasilkan Toyota mencecah lebih 75 peratus. 

“Banyak komponen, alat ganti serta aksesori kereta dibekalkan oleh industri kecil dan sederhana (SME).

“Produk eksport yang dihasilkan oleh pembuat tempatan akan bersaing dengan pembuat kereta dari negara lain.

“Pengguna sudah tentu akan memilih produk yang mempunyai kualiti dan kelayakan yang bagus,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya