Ibu terlupa anak terkurung dalam rumah sampai mati rentung -

Ibu terlupa anak terkurung dalam rumah sampai mati rentung

Kanak-kanak rentung dalam du Kelurahan Handil Baru, Kecamatan Samboja, Kutai Kartanegara, Indonesia. - Gambat Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN TIMUR: Seorang wanita terlupa anaknya masih terkurung di dalam rumah sehingga menyebabkan kanak-kanak berusia enam tahun itu mati rentung dalam kebakaran.

Lapor Tribunnews, mangsa, Amelia Putri ditemukan maut kira-kira pukul 2.30 pagi, Rabu lalu di  Kelurahan Handil Baru, Kecamatan Samboja, Kutai Kartanegara.

Ketua Polis Kutai Kartanegara, Arwin Wientama berkata, mangsa terperangkap dalam rumah sendiri ketika ibu bapanya menggendong anak paling kecil.

Jelasnya, ketika itu, semua orang sedang sibuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan wanita itu sendiri tidak pasti mangsa anak ke berapa disebabkan mempunyai 10 anak.

“Hasil maklumat daripada beberapa saksi mengatakan api bermula dari depan rumah mangsa, sebelum menyambar sebuah motosikal dan menjadi semakin marak.

“Api kemudian menyambar rumah lain kerana terletak berdekatan,” katanya.

Selepas api berjaya dipadamkan, anggota bomba menemukan jasad Amelia yang rentung terbakar di antara serpihan bangunan yang musnah dijilat api.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN