Dua maut serangan di pangkalan tentera Colombia - Utusan Malaysia

Dua maut serangan di pangkalan tentera Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Dua orang termasuk seorang anggota tentera terkorban apabila sebuah skuter bermotor milik kumpulan pemberontak meletup berhampiran pintu masuk pangkalan tentera di bandar Granada, Colombia.

Menurut pihak berkuasa Colombia, lima anggota tentera cedera dalam kejadian itu.

“Serangan berlaku di kemudahan tentera Batalion 21 di wilayah selatan-tengah Meta.

“Malangnya, seorang tentera dan orang awam maut dalam serangan itu,” kata pegawai tempatan, Hernan Gomez.

Setakat ini, tiada pengesahan dari pihak berkuasa bahawa pelaku terbunuh dalam serangan tersebut.

Sementara itu, menurut Jeneral Antonio Beltran, sebuah skuter bermotor cuba dibawa masuk ke dalam pangkalan tentera sebelum ia meletup.

“Tentera yang maut itu telah menghalang kenderaan itu daripada memasuki ke dalam perkarangan pangkalan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN