Doktor perdaya, kahwini 27 wanita

Doktor palsu perdaya, kahwini 27 wanita

doktor
BIBHU Prakash Swain - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki berusia 66 tahun di India menyamar sebagai doktor didakwa memperdaya dan mengahwini 27 wanita muda sebelum bertindak melarikan wang mereka.

Kes itu disifatkan sebagai scam perkahwinan terbesar yang pernah berlaku di negara itu.

Lapor Daily Mail, Bibhu Prakash Swain didakwa menyamar sebagai doktor dan memperdaya mangsanya yang terdiri daripada wanita bekerjaya.

Antara mangsa itu merupakan pegawai polis sempadan berpangkat tinggi, akauntan bertauliah, guru, doktor dan dua peguambela Mahkamah Agung.

Menurut polis, Bibhu hanya menyasarkan wanita bujang, balu atau janda dalam lingkungan usia 40an.

“Dia didakwa menggunakan kad pengenalan dan surat pelantikan palsu untuk memperkukuhkan kelayakan serta latar belakang keluarganya bagi memperdaya mangsa dari seluruh negara,” katanya.

Pada mulanya, Bibhu hanya didakwa berkahwin dengan 14 wanita namun polis percaya lebih ramai menjadi mangsa penipuannya.

Media tempatan melaporkan, Bibhu menyimpan nama dan tempat asal mangsanya dalam telefon bimbitnya.

Berdasarkan rekod telefon, dia sudah menghubungi 70 hingga 75 wanita lagi yang berpotensi menjadi mangsa seterusnya.

Polis berjaya menahan Bibhu baru-baru ini selepas menjejakinya selama beberapa bulan.

Penahanan itu dibuat setelah polis membongkarkan identiti palsu, akaun bank dan dua majlis perkahwinan lain yang dirancang oleh Bibhu.

“Dia melakukan perkara itu hanya untuk mendapatkan wang dan keseronokan seksual,” kata pegawai polis, Sanjiv Satpathy.

Jelas Sanjiv, lelaki itu juga didakwa memalsukan 128 kad kredit dan menipu 13 bank.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN