Boleh masuk Australia bermula 21 Februari - Utusan Malaysia

Boleh masuk Australia bermula 21 Februari

ANGGOTA polis berjalan melepasi Sydney Opera House di Sydney. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia akan membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong bermula 21 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Scott Morrison, sekali gus mengakhiri sekatan pandemik Covid-19 yang disifatkan paling ketat di dunia.

Morrison menjelaskan, hanya pelancong yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 dibenarkan memasuki negara ini.

Pintu sempadan Australia ditutup pada Mac 2020 bagi mengawal penularan Covid-19.

Sepanjang tempoh itu juga, penduduk negara ini tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara kecuali untuk urusan penting.

Peraturan itu menyaksikan banyak keluarga terpisah dan menjejaskan sektor pelancongan di negara ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN