Berang Barat cuba burukkan situasi, Putin arah pasukan nuklear bersedia - Utusan Malaysia

Berang Barat cuba burukkan situasi, Putin arah pasukan nuklear bersedia

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Rusia, Vladimir Putin meletakkan ‘pasukan pencegahan senjata nuklear’ dalam keadaan paling bersedia berikutan ‘perang kenyataan agresif bertubi-tubi’ oleh Barat.

Putin menuduh negara Barat sengaja memburukkan situasi dengan pelbagai laporan tidak sahih dan sengaja ‘mengambil kesempatan’ ketika Rusia berperang dengan Ukraine.

“Saya sudah mengarahkan menteri pertahanan dan ketua kakitangan angkatan tentera untuk meletakkan pasukan pencegahan tentera Rusia dalam mod berjaga-jaga paling tinggi,” kata Putin dalan ucapan yang disiarkan menerusi televisyen.

Amerika Syarikat (AS) mendakwa Putin sengaja menggunakan propaganda dan retorik berbahaya dalam peperangan yang berlaku, selain menuduh Rusia sebenarnya berdepan kesukaran untuk menawan Ukraine.

Dalam pada itu, pejabat Presiden Ukraine memaklumkan, rundingan tanpa prasyarat dengan Moscow akan dilakukan di sempadan Ukraine-Belarus.

Perang yang tercetus sejak lima hari lalu menyebabkan pelbagai pihak sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, terutamanya Barat yang bimbang sektor ekonomi, strategi politik dan korporat mereka akan terjejas.

Sebanyak 27 negara Kesatuan Eropah buat pertama kali juga bersetuju untuk membekalkan senjata kepada Ukraine. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya