Banyak resort di Lombok habis ditempah kerana MotoGP

Banyak resort di Lombok habis ditempah kerana MotoGP

BANYAK resort percutian habis ditempah menjelang penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP di Lombok, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: Sekurang-kurangnya 64,000 pengunjung dijangka memenuhi Litar Mandalika, Lombok bagi menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP pada bulan depan.

Penganjuran sukar bermotor bertaraf dunia itu diharap dapat memulihkan semula sektor ekonomi dan pelancongan di daerah ini yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Mandalika merupakan zon ekonomi khas di selatan Lombok dan kejuaran tersebut bakal berlangsung dari 18 hingga 22 Mac ini.

Litar sepanjang 4.4 kilometer itu mempunyai 17 selekoh, sekali gus memberi cabaran kepada para pelumba.

Sehubungan itu, banyak pengusaha resort dan restoran membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pengunjung.

Seorang pengusaha rumah inap desa yang enggan mendedahkan namanya memberitahu, dia merancang untuk mencari beberapa lagi kediaman tambahan berhampiran litar Mandalika memandangkan vila dan rumah inapnya sudah penuh ditempah.

“Saya mahu menyewa beberapa lagi rumah kosong untuk dijadikan rumah inap desa tambahan kerana permintaan cukup tinggi ketika ini dan alhamdulillah itu semuanya rezeki,” katanya seperti yang dilapor Xinhua.

Pengusaha resort yang lain juga memaklumkan ini merupakan kali pertama kebanyakan resort habis ditempah bagi tempoh sebulan.

Malahan, ada dalam kalangan pengusaha terpaksa mengupah pekerja sambilan bagi membantu melancarkan operasi perniagaan mereka.

Sementara itu, Menteri Badan usaha Milik Negara, Erick Thohir menyatakan, kerajaan sebelum ini bercadang untuk  membina 100,000 rumah inap desa di kawasan berhampiran litar tersebut.

Katanya, kemudahan itu dapat menjadi tarikan kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara ketika berkunjung ke Lombok.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya