AS kerah 3,000 tentera tambahan ke Eropah Timur - Utusan Malaysia

AS kerah 3,000 tentera tambahan ke Eropah Timur

GAMBAR dikeluarkan Jabatan Pertahanan AS menunjukkan tentera NATO bersedia ke lokasi misi ketika latihan ketenteraan di kawasan latihan Hohenfels, Jerman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan menghantar kira-kira 3,000 tentera lagi ke Poland dan Romania bagi membantu sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). 

Pegawai AS berkata, langkah itu diambil untuk melindungi Eropah Timur daripada potensi krisis penempatan tentera Rusia berhampiran sempadan Ukraine.

Menurut Pentagon, skuadron Stryker membabitkan hampir 1,000 anggota perkhidmatan AS yang berpangkalan di Vilseck, Jerman akan dihantar ke Romania.

Jelasnya, kira-kira 1,700 anggota perkhidmatan terutamanya daripada 82nd Airborne Division dari Fort Bragg, North Carolina akan dikerahkan ke Poland.

Seramai 300 anggota perkhidmatan lain akan dihantar dari Fort Bragg ke Jerman.

Presiden AS, Joe Biden berkata, penempatan tentera itu adalah konsisten dengan apa yang dinyatakan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin. 

“Selagi beliau bertindak agresif, kami akan memastikan dapat meyakinkan sekutu NATO dan Eropah Timur bahawa kami berada di sana,” katanya.    

Sementara itu, jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, objektif penempatan tentera tambahan itu adalah bagi menghantar isyarat tegas kepada Putin serta memaklumkan kepada dunia bahawa NATO penting kepada AS dan sekutunya.

Sebelum ini, Russia menafikan dakwaan mahu menyerang Ukraine namun turut memberi isyarat pihaknya tidak akan sesekali berkompromi.     

Rusia juga mengejek Britain dengan menggelar Perdana Menteri, Boris Johnson ‘keliru’ selain menyifatkan ahli politik negara itu sebagai ‘kurang bijak’.

Malah, Rusia menegaskan negaranya boleh mengambil langkah ketenteraan sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi termasuk janji NATO untuk tidak menerima Kyiv sebagai anggotanya. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya