Aksi selamatkan ular tedung bertukar tragedi, lelaki dipatuk pada paha - Utusan Malaysia

Aksi selamatkan ular tedung bertukar tragedi, lelaki dipatuk pada paha

VAVA Suresh dipatuk ular tedung ketika cuba memasukkannya ke dalam guni. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COCHIN: Seorang penangkap ular di India kini bertarung nyawa selepas dipatuk seekor ular tedung sepanjang 3.04 meter di pahanya ketika cuba menyelamatkan haiwan tersebut.

Lapor Daily Mail, Vava Suresh, 48, terkenal di Kerala dan sering muncul di televisyen.

Ketika kejadian, Vava sedang menyelamatkan ular tersebut di kampung Kurichi di Coimbatore, Tamil Nadu pada Isnin lalu.

Sebuah video yang dirakam oleh penduduk tempatan menunjukkan detik ular tedung itu mematuk paha kanan Vava ketika dia cuba memasukkan reptilia itu ke dalam guni.

Bagaimanapun, Vava berjaya memasukkan ular tedung itu ke dalam guni sebelum jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Vava ketika ini berada di wad unit rawatan rapi (ICU).

Pada mulanya, Vava dibawa ke sebuah kolej perubatan swasta di Kottayam, berdekatan lokasi kejadian, yang mana dia mengalami serangan jantung.

Akhirnya, pasukan perubatan memindahkannya ke sebuah lagi hospital di Kottayam untuk mendapatkan rawatan pakar.

Vava diletakkan dibawah pemantauan dan doktor menyatakan bahawa dia memberi respon terhadap rawatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya