49 disabitkan serangan bom 2008 di India - Utusan Malaysia

49 disabitkan serangan bom 2008 di India

ANGGOTA keselamatan mengawal keadaan di luar Mahkamah Sesyen ketika keputusan kes serangan bom Ahmedabad 2008. - PTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHMEDABAD: Sebuah mahkamah di India mensabitkan 49 individu atas serangan pengeboman di bandar barat Ahmedabad pada 2008, sehingga menyebabkan puluhan penduduk terkorban.

Seramai 56 orang maut dan lebih 200 yang lain cedera dalam siri serangan bom yang berlaku di pasar, bas dan tempat awam lain di hab komersial Gujarat.

Sebuah kumpulan dikenali sebagai Mujahideen India mengaku bertanggungjawab atas serangan bom tersebut.

Jelas kumpulan itu, serangan tersebut sebagai membalas dendam terhadap rusuhan agama yang berlaku pada 2002 di kawasan itu sehingga mengakibatkan ribuan penduduk terkorban.

Pendakwa raya Amit Patel berkata, kira-kira 80 individu didakwa namun 28 orang sudah dibebaskan.

Katanya, kesemua 49 defenden didapati bersalah membunuh dan konspirasi jenayah dengan hukuman akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sesi perbicaraan berlangsung hampir sedekad dengan lebih 1,100 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

Perbicaraan kes dilambatkan dengan kelewatan prosedur termasuk pertikaian undang-undang oleh empat tertuduh untuk menarik balik pengakuan mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN