12 pelarian Rohingya loloskan diri ke Malaysia - Utusan Malaysia

12 pelarian Rohingya loloskan diri ke Malaysia

PELARIAN Rohingya menunggu di dalam bas semasa proses pemindahan dilakukan di Aceh.-SYIFA YULINNAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Indonesia terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan di kem perlindungan sementara bagi pelarian Rohingya di Lhokseumawe, Aceh.

Lapor Kompas.com, langkah itu susulan beberapa pelarian Rohingya cuba melarikan diri sebanyak dua kali ke Malaysia atas alasan berjumpa ahli keluarga.

Menurut UNHCR, kejadian pertama melibatkan seramai lapan orang, disusuli dengan empat wanita yang melarikan diri, bulan lalu.

Pegawai Perhubungan Awam UNHCR, Mitra Salima Suyono berkata, pihaknya akan membuat penyelarasan bersama agensi lain bagi memastikan aspek kawalan di kem perlindungan tersebut terjamin.

“Paling penting adalah pelarian mempunyai kehidupan yang terjamin sehingga penyelesaian jangka panjang buat mereka.

“UNHCR juga berharap negara Asia Tenggara lain dapat memberikan akses pendidikan, keluarga dan pekerjaa kepada pelarian Rohingya.

“Langkah itu bagi mengurangkan pergerakan mereka dan mengelakkan krisis pencabulan hak asasi manusia serta kehilangan nyawa,” katanya.

Setakat ini, hanya 93 pelarian Rohingya masih kekal berada di kem tersebut berbanding 105 sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya