10 nelayan maut kapal pukat tunda karam di perairan Kanada

10 nelayan nelayan maut kapal pukat tunda karam di perairan Kanada

KAPAL Villa de Pitanxo. – VESSELFINDER.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Sekurang-kurangnya 10 nelayan maut dan 11 lagi hilang selepas sebuah kapal pukat tunda dari Sepanyol karam akibat laut bergelora di timur Kanada.

Kapal yang membawa seramai 24 penumpang itu karam kira-kira 463 kilometer timur Newfoundland.

Pusat Koordinasi Penyelamatan Bersama Kanada (JRCC) awalnya memaklumkan tujuh mayat ditemukan dengan tiga mangsa berjaya diselamatkan.

“JRCC Hfx mengesahkan tiga lagi mayat ditemukan dalam kapal nelayan itu,” jelas operasi Halifax menerusi Twitter.

Keadaan cuaca buruk termasuk laut bergelora, angin kencang dan jarak penglihatan terhad secara tidak langsung menyukarkan lagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Situasi itu diburukkan lagi engan cuaca gelap dan penurunan suhu di utara Atlantik yang turut mengurangkan peluang menemukan lebih ramai mangsa terselamat.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Sepanyol sudah mengenal pasti kru kapal tersebut yang membabitkan 16 rakyat negaranya, lima warga Peru dan tiga dari Ghana.

Jelas kementerian, kapal dikenali sebagai Villa de Pitanxo itu membuat dua panggilan kecemasan, yang diterima kira-kira pukul 5.24 pagi (waktu tempatan) di Madrid.

Katanya, lima jam kemudian, sebuah lagi kapal nelayan Sepanyol mengesan dua bot penyelamat yang membawa tiga mangsa terselamat dan beberapa mayat.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN