Warga emas dari Kosovo miliki alat kemaluan wanita - Utusan Malaysia

Warga emas dari Kosovo miliki alat kemaluan wanita

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOSOVO: Seorang lelaki berusia 67 tahun dikesan mempunyai organ pembiakan wanita selain alat kemaluan lelaki yang normal.

Lapor Daily Mail, pakar perubatan terkejut apabila mendapati bonjolan di bahagian kemaluannya sebenarnya mengandungi testis dan alat kemaluan wanita.

Bapa tiga anak itu mengunjungi hospital di Kosovo selepas mengadu mempunyai ketulan yang membengkak di pangkal pahanya sejak sedekad lalu.

Ketulan tersebut akan menjadi lebih besar semasa lelaki itu berdiri atau batuk.

Pakar bedah menjalankan pemeriksaan jisim bagi mengesan rahim, serviks, tiub fallopio dan ovari serta testisnya yang hilang.

Doktor mengesahkan lelaki itu mempunyai sindrom Persistent Mullerian duct (PMDS) iaitu keadaan yang sangat jarang berlaku apabila lelaki mempunyai organ wanita bersama kemaluan dan skrotum.

Sehingga kini, hanya 200 kes pernah dilaporkan dalam dunia perubatan.

Kes yang sangat jarang berlaku ini menyebabkan sesetengah kanak-kanak lelaki dilahirkan dengan kedua-dua set organ pembiakan.

Gejala penyakit ini termasuk buah zakar yang tidak turun dan hernia di pangkal paha.

Organ wanita kebiasaannya tidak ditemukan melainkan pembedahan dilakukan.

Kes tersebut didedahkan dalam Laporan Kes Urologi oleh pakar perubatan dari University of Prishtina di Kosovo.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya