fbpx

Wanita sangka hantar resume, rupanya kalendar haid ketika permohonan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Seorang wanita yang tertunggu-tunggu panggilan temu duga selepas menghantar resume dikejutkan dengan berita yang tidak seharusnya berlaku.

Lapor The Sun, Ashley Keenan menerusi Twitter menceritakan, dia tidak menyangka resume yang dihantarnya kepada beberapa syarikat sebenarnya merupakan kalendar tarikh haid.

“Saya tidak akan lupakan kisah ini sampai bila-bila apabila ketika berusia 17 tahun, saya menghantar kira-kira 60 resume kepada beberapa syarikat untuk memohon pekerjaan.

“Namun, saya tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh lama sebelum menyedari dokumen yang saya hantar itu bukanlah resume, sebaliknya kalendar haid,” katanya.

Hantaran yang dibuat oleh gadis berusia 23 tahun itu mendapat perhatian pelbagai pihak dengan kebanyakannya menyifatkannya sebagai insiden melucukan.

“Terima kasih kerana membuat saya gelak hari ini. Saya berharap anda akan dapat tawaran kerja yang menarik selepas itu,” tulis seorang pengguna Twitter.

Seorang daripada pengguna media sosial yang merupakan majikan memaklumkan, dia juga sering menerima dokumen yang tidak sepatutnya bersama resume yang dihantar.

Katanya, perkara yang paling dia ingati adalah sijil kematian ahli keluarga calon pekerja.

Biarpun insiden itu sudah berlaku beberapa tahun lalu, Keenan kini boleh berbangga dengan dirinya apabila dia berjaya menamatkan pengajian perinkat ijazah dalam bidang perakaunan.

Wanita itu juga bekerja sebagai pengurus akaun di sebuah syarikat.

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI