UK negara pertama bebas kemelut Covid-19? - Utusan Malaysia

UK negara pertama bebas kemelut Covid-19?

DAVID HEYMANN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pakar terkemuka dalam bidang penyakit berjangkit mendakwa United Kingdom (UK) berada pada kedudukan terbaik untuk keluar daripada krisis pandemik Covid-19, sekali gus mendahului mana-mana negara lain di dunia.

Lapor Daily Star, kenyataan itu dibuat oleh Prof. David Heymann menerusi satu taklimat dalam talian kepada badan pemikir Chatham House

Heymann yang pernah berkhidmat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkannya sebagai berita baik untuk seluruh warga Britain yang sebelum ini berdepan pelbagai sekatan sepanjang dua tahun memerangi penularan virus itu.

“Secara umumnya, ketika ini negara-negara di hemisfera utara mempunyai tahap pandemik yang berbeza.

“Kemungkinan UK adalah paling hampir berbanding mana-mana negara untuk keluar daripada pandemik Covid-19, sekiranya masih belum maka ia mempunyai penyakit endemik seperti empat koronavirus lain,” katanya.

Menurut Heymann, laporan Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) mengenai imuniti penduduk menganggarkan kira-kira 95 peratus populasi di England dan bahagian lain di UK mempunyai antibodi terhadap jangkitan sama ada menerusi vaksinasi atau jangkitan semula jadi.       

“Tahap antibodi itu menghalang virus tersebut dan ia kini berfungsi lebih seperti koronavirus endemik berbanding pandemik.

“Jika anda melihat unit rawatan rapi (ICU), anda akan menyaksikan majoriti pesakit tersebut belum divaksin,” katanya.

Sementara itu, Heymann turut memberi amaran dengan mendakwa akan ada ‘kebangkitan semula’ Covid-19 pada masa hadapan apabila lebih banyak varian baharu muncul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya