Tonga: Banyak rumah musnah - Utusan Malaysia

Tonga: Banyak rumah musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Hampir semua rumah terletak di sebuah pulau kecil di luar Tonga, dilaporkan musnah akibat tragedi letusan gunung berapi dan tsunami.

Menurut kerajaan, setakat ini, sekurang-kurangnya tiga orang disahkan maut sejak bencana itu melanda pulau tersebut.

Kebanyakan maklumat mengenai komunikasi dan skala kemusnahan selepas kejadian Sabtu lalu, diperoleh menerusi pesawat peninjau.

Pejabat Perdana Menteri Siaosi Sovaleni menerusi kenyataan memaklumkan semua rumah di pulau Mango yang menempatkan kira-kira 50 penduduk sudah musnah.

Jelasnya, hanya dua buah rumah kekal di Fonoifua, manakala di pulau Namuka pula mengalami
kerosakan yang teruk.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Misi Tonga di Australia, Curtis Tu’ihalangingie menyifatkan gambar diambil oleh Pasukan Pertahanan New Zealand (NZDF) menunjukkan situasi ‘membimbangkan’ sebuah
kampung yang musnah di Mango dan bangunan hilang di pulau Atata, berhampiran gunung berapi.

“Orang ramai panik dan berlari menyelamatkan diri. Kami dapati ada yang tercedera, mungkin akan
ada lebih banyak kematian. Kami hanya berdoa agar perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Sementara itu, pejabat Sovaleni memaklumkan seorang warga emas wanita berusia 65 tahun di Mango dan seorang lelaki berumur 49 tahun di pulau Namoka terbunuh dalam bencana itu.

Katanya, mayat wanita warga Britain ditemukan Isnin lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN