Terperangkap dalam ribut salji, kanak-kanak terselamat dengan 'peluk anjing' - Utusan Malaysia

Terperangkap dalam ribut salji, kanak-kanak terselamat dengan ‘peluk anjing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan selamat selepas terperangkap dalam ribut salji di Rusia hanya dengan memeluk seekor anjing liar.

Media tempatan melaporkan, kanak-kanak perempuan yang tidak didedahkan namanya itu meninggalkan sekolahnya di pekan Uglegorsk namun tidak pulang ke rumah.

Keadaan itu menyebabkan ibu bapanya menbuat laporan polis dan bersama penduduk setempat, mereka melakukan operasi pencarian.

Fokus pencarian melibatkan rumah penduduk yang mempunyai haiwan peliharaan kerana kanak-kanak itu didakwa bermain dengan seekor anjing sebelum hilang.

Selepas 24 jam, kanak-kanak itu ditemukan sambil memeluk seekor anjing dalam sebuah kandang.

Keadaan kanak-kanak itu dilaporkan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya