Terperangkap akibat 'lockdown', rakyat China akhirnya bertunang - Utusan Malaysia

Terperangkap akibat ‘lockdown’, rakyat China akhirnya bertunang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Seorang wanita yang terperangkap di rumah lelaki semasa janji temu kali kedua mereka akibat perintah berkurung akhirnya mengikat tali pertunangan.

Lapor AFP, Zhao Xiaoqing, 28, dari wilayah Shaanxi tidak menyangka janji temunya dengan seorang lelaki bertukar mimpi ngeri apabila dia terperangkap di rumah lelaki itu selama beberapa hari kerana perintah berkurung.

Wanita itu asalnya mempunyai janji temu makan malam bersama ahli keluarga lelaki itu 6 Januari lalu, di bandar Zhengzhou.

“Saya tidak pernah terfikir terpaksa bermalam di rumahnya. Peristiwa itu sangat janggal.

“Saya sudah semakin tua dan keluarga saya cuba mengenalkan saya dengan 10 individu berbeza.

“Individu kelima berhasrat mahu menunjukkan kemahiran memasak dan mengajak saya ke rumahnya untuk makan malam,” katanya.

Golongan muda di bandar-bandar kecil dan kawasan kampung di China sering bergantung kepada ahli keluarga dan kenalan untuk mencari jodoh yang sesuai untuk mereka.

Zhengzhou sebelum itu merekodkan lebih 100 kes Covid-19 harian menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup semua urusan perniagaan tidak penting seperti salon kecantikan, makan di dalam restoran serta menangguhkan operasi perkhidmatan awam.

Penduduk juga tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing tanpa urusan penting.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN